Makanan Tradisional yang Paling Digemari
Apa itu Makanan Tradisional?
Ini merupakan satu hidangan yang paling biasa untuk dimakan pada waktu sarapan dan juga malam. Roti canai ini mempunyai sedikit pengaruh kaum India. Roti canai pada dasarnya merupakan sejenis roti rata yang mempunyai variasi yang sedap dan manis. Roti canai biasanya dimakan dengan kuah dhal atau kari bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi ada juga yang hanya makan bersama susu pekat dan gula. Setiap orang mempunya citarasa masing-masing.
Makanan tradisional merupakan satu makanan yang diwarisi sejak turun-temurun dari nenek moyang kita. Makanan tradisional mempunyai citarasa yang tersendiri malah digemari oleh pelbagai kaum dan setiap lapisan masyarakat. Makanan Melayu boleh dikatakan unik kerana memiliki aroma yang sangat kuat, padas dan menggabungkan dengan rasa banyak ramuan dan rempah.
Makanan Tradisional yang Paling Digemari.
1. Nasi Lemak
Nasi Lemak terkenal sebagai satu hidangan kebangsaan Malaysia dan kegemaran orang ramai sepanjang masa. Bukan sahaja di dalam malah di luar negara juga meminati hidangan ini. Hidangan ini adalah beras yang direndam dengan santan, disajikan dengan sambal, ikan bilis goreng renyah, kacang panggang dan timun. Nasi Lemak ini dibungkus dengan daun pisang untuk memberi rasa yang sangat harum. Nasi Lemak merupakan makanan yang wajib dicuba di Malaysia terutama bagi pelancong. Kebiasaannya Nasi Lemak dimakan semasa sarapan pagi tetapi ia juga boleh dibuat makan siang dan malam.
2.Rendang
Kari kering yang dimasak perlahan dan dicampurkan dengan halia, kunyit, limau purut dan cili kemudian hidangan ini dimasak bersama dengan ayam, daging dan sebagainya. Hidangan ini menggabungkan unsur manis, masam dan pedas. Kari dan rendang mempunyai perbezaan dimana rendang dididihkan perlahan-lahan sehingga daging menyerap rempah-rempah dan teksturnya menjadi lembut dan mudah dimakan dengan apa jua hidangan. Rendang boleh dimakan dengan apa sahaja seperti pulut kuning, roti, nasi dan sebagainya. Kebiasaannya rendang sering dimasak dan dijamu menjelang hari raya aidilfitri.
3. Roti Canai
Comments
Post a Comment