Posts

Showing posts from October, 2022

Siti Zainon Ismail Sasterawan Negara yang Menjadi Inspirasi

Image
 PENGARANG SASTERA Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan sasterawan negara yang sering menjadi bualan bagi setiap masyarakat yang mengenali dunia sastera. Beliau dilahirkan di Gombak pada 18 Disember 1949. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-14 pada tahun 2019. Beliau juga merupakan salah seorang penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara ( SEA Write Award ) pada tahun 1989. Beliau boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat yang mendalami dan meminati dunia sastera. Saya sendiri amat mengagumi dan meminati karya-karya yang dihasilkan oleh beliau. Saya menjadikan Datuk Dr. Siti Zainon sebagai inspirasi kerana beliau  memiliki pelbagai kebolehan bukan sahaja menulis malahan beliau juga berbakat dalam bidang melukis dan beliau pernah dididik oleh Idris Salam dan Naz Achnas. Hasil-hasil lukisan beliau amat cantik dan mempunyai keunikan tersendiri.  PENGALAMAN BERSAMA BONDA SITI ZAINON ISMAIL Ini merupakan pengalaman yang paling manis bagi saya kerana dapat berjumpa d

Kenali Tokoh Agama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat

Image
 TOKOH AGAMA SIAPAKAH ALLAHYARHAM NIK ABDUL AZIZ? Mungkin sudah ramai mengenali beliau terutama umat islam. Beliau amat berpengaruh dan dikagumi oleh seluruh umat islam serta insan paling dirindui. Allahyarham Nik Abdul Aziz dikenali sebagai Tok Guru Nik Aziz. Beliau dilahirkan dalam kelompok keluarga yang sangat berpegang teguh kepada ajaran islam di Kampung Pulau  Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Beliau merupakan Menteri Besar Kelantan ke-17 dan dianggap seorang yang warak kerana beliau sentiasa berpakaian jubah dan berserban. Beliau juga menjadi ahli PAS pada tahun 1967 dan menjadi Mursyidul Am bagi parti tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 2015. Sebelum bergelar Menteri Besar, beliau merupakan seorang guru agama yang bergiat aktif dan pernah mengajar di sekolah-sekolah agama di Kelantan. Bukan itu sahaja, ketika beliau sihat dan cerdas, beliau aktif menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah, beliau digelar sebagai "Tok Gur

Pulau Perhentian Menjadi Destinasi Pilihan.

Image
LOKASI YANG DIKUNJUNGI PULAU PERHENTIAN PULAU TERCANTIK? Pada tahun lepas, saya telah mengunjungi satu tempat yang dilihat indah dan cantik. Tempat yang sering menjadi bualan orang ramai iaitu Pulau Perhentian. Pulau Perhentian ini terletak di Terengganu dan kira-kira 64 km daripada sempadan Thailand. Tempat ini sesuai dijadikan sebagai tempat percutian bersama ahli keluarga ataupun pasangan yang baru berkahwin. Tempat ini merupakan satu destinasi wajib bagi orang ramai yang bercuti di Terengganu. Selain daripada melihat keindahan pulau ini, pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti terutamanya snorkeling dan scuba diving . Pulau Perhentian merupakan syurga menyelam dan sesuai untuk pelancong yang mempunyai minat terhadap aktiviti seperti itu. Keindahan hidupan marin juga setanding dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Redang membuatkan saya memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian bersama ahli keluarga saya. Bukan itu sahaja, tempat ini juga menarik kerana mempunyai Jun