Siti Zainon Ismail Sasterawan Negara yang Menjadi Inspirasi

 PENGARANG SASTERA



Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan sasterawan negara yang sering menjadi bualan bagi setiap masyarakat yang mengenali dunia sastera. Beliau dilahirkan di Gombak pada 18 Disember 1949. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-14 pada tahun 2019. Beliau juga merupakan salah seorang penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara ( SEA Write Award ) pada tahun 1989. Beliau boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat yang mendalami dan meminati dunia sastera. Saya sendiri amat mengagumi dan meminati karya-karya yang dihasilkan oleh beliau. Saya menjadikan Datuk Dr. Siti Zainon sebagai inspirasi kerana beliau  memiliki pelbagai kebolehan bukan sahaja menulis malahan beliau juga berbakat dalam bidang melukis dan beliau pernah dididik oleh Idris Salam dan Naz Achnas. Hasil-hasil lukisan beliau amat cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. 

PENGALAMAN BERSAMA BONDA SITI ZAINON ISMAIL


Ini merupakan pengalaman yang paling manis bagi saya kerana dapat berjumpa dan bergambar bersama Sasterawan Negara yang menjadi idola kepada orang sastera malahan saya sendiri. Beliau telah berkongsi cerita suka dan duka serta perjalanan beliau sepanjang bergelar seorang penulis. Saya amat menginspirasikan bonda Siti Zainon kerana setiap penulisannya memberi kesan dalam kehidupan saya sebagai pelajar dalam bidang sastera. Beliau telah mengubah perspektif masyarakat di luar sana yang sering memandang remeh terhadap orang-orang sastera dan mengganggap orang sastera ini tiada masa depan. Oleh itu, kita boleh lihat bonda Siti Zainon sebagai contoh dimana beliau berjaya mencipta kejayaan dengan hasil-hasil penulisannya. 

Berikut merupakan beberapa hasil karya beliau:

1. 1000 Pepatah Pepitih
2. Aceh : Suara dari Hujung Tambak
3. Alam Puisi
4. Attar dari Lembah Mawar
5. Bunga Putik Putih
6. Busana Melayu Johor
7. Daun-daun Muda



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa