Kenali Tokoh Agama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat

 TOKOH AGAMA



SIAPAKAH ALLAHYARHAM NIK ABDUL AZIZ?

Mungkin sudah ramai mengenali beliau terutama umat islam. Beliau amat berpengaruh dan dikagumi oleh seluruh umat islam serta insan paling dirindui. Allahyarham Nik Abdul Aziz dikenali sebagai Tok Guru Nik Aziz. Beliau dilahirkan dalam kelompok keluarga yang sangat berpegang teguh kepada ajaran islam di Kampung Pulau  Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Beliau merupakan Menteri Besar Kelantan ke-17 dan dianggap seorang yang warak kerana beliau sentiasa berpakaian jubah dan berserban. Beliau juga menjadi ahli PAS pada tahun 1967 dan menjadi Mursyidul Am bagi parti tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 2015. Sebelum bergelar Menteri Besar, beliau merupakan seorang guru agama yang bergiat aktif dan pernah mengajar di sekolah-sekolah agama di Kelantan. Bukan itu sahaja, ketika beliau sihat dan cerdas, beliau aktif menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah, beliau digelar sebagai "Tok Guru" dalam kalangan rakyat Malaysia. 

MENGAPA TOK GURU PERLU DICONTOHI?

Rakyat Malaysia terutama umat islam perlu mencontohi "Tok Guru" kerana beliau telah banyak menyumbang kepada negara dari segi penyebaran ilmu-ilmu islam kepada masyarakat. Beliau sanggup bersolat dalam keadaan yang gelap kerana beliau tidak mahu menggunakan duit kerajaan demi kepentingan dirinya sendiri. Insan istimewa ini perlu kita kagumi dan contohi dalam apa jua keadaan. Beliau juga hidup dalam keadaan yang bersederhana dimana rumahnya hanya sebuah rumah kampung biasa dan tidak mempunyai pagar serta pengawal keselamatan. Oleh itu, kita dapat lihat Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz ini boleh menjalani kehidupan seperti rakyat biasa tetapi beliau mampu menyebarkan ilmu agama hampir ke seluruh dunia sehingga beliau diletakkan diantara 50 tokoh islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul The 500 Most Influential Muslims. Tokoh agama sebeginilah patut dijadikan inspirasi dalam menjalani kehidupan seharian.

 



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa