Posts

Showing posts from January, 2023

Kritikan Filem : Mat Kilau

Image
  Filem Mat Kilau menjadi filem yang terhangat di pawagam pada Hari Malaysia yang lepas iaitu pada 16 September baru-baru ini. Filem tersebut mengisahkan watak Mat Kilau bersama ayahnya, Tok Gajah dan sahabatnya yang bermati-matian menentang penjajahan British satu ketika dahulu. Filem ini dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari dan ramai lagi. Filem ini mendapat sambutan yang hangat di pawagam sehingga mencecah RM 97 juta. Selepas pawagam, Netflix menjadi medium baharu untuk penonton untuk menonton semula atau menonton buat pertama kali filem tersebut. Tetapi filem ini mendapat kritikan daripada penonton di Netflix dimana rata-rata memberi respon yang negatif terutama dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi. Filem Mat Kilau ini mendapat komen-komen dimana filem arahan Syamsul Yusof itu dilihat sebagai sebuah "popcorn movie" dan mereka berpendapat filem berkaitan sejarah sepatutnya lebih "serius". Penonton menyi

Kritikan Konflik Drama TV : Cermin Kasih

Image
 Kritikan Terhadap Konflik Rumah Tangga Sikap Mementingkan Diri Sendiri Sikap seorang suami yang mementingkan diri sendiri dapat dilihat melalui watak Amran yang sanggup menyuntik Marina dengan jarum yang mengandungi dadah kerana dia terlalu menyayangi Marina dan tidak sanggup melepaskan isterinya serta dia tidak mahu perbuatannya terbongkar terutama terhadap keluarga mertuanya. Bukan itu sahaja, Amran sanggup menjadikan isterinya seorang pengedar dadah demi kepentingan dirinya supaya memperoleh lebih banyak keuntungan. Konflik rumah tangga ini sepatutnya dapat dielakkan jika Amran masih menyayangi Marina maka dia perlu bersikap lebih toleransi dengan isterinya dan berubah menjadi seorang suami yang lebih baik meninggalkan segala aktiviti yang melibatkan dadah. Sikap ini perlu dielakkan kerana perkara ini mendorong sesebuah rumah tangga itu mengalami masalah dan seterusnya membawa kepada masalah penceraian dan kematian seperti yang berlaku kepada Amran. Sikap Tidak Jujur Terhadap Pasan