Kritikan Filem : Mat Kilau

 


Filem Mat Kilau menjadi filem yang terhangat di pawagam pada Hari Malaysia yang lepas iaitu pada 16 September baru-baru ini. Filem tersebut mengisahkan watak Mat Kilau bersama ayahnya, Tok Gajah dan sahabatnya yang bermati-matian menentang penjajahan British satu ketika dahulu. Filem ini dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari dan ramai lagi. Filem ini mendapat sambutan yang hangat di pawagam sehingga mencecah RM 97 juta. Selepas pawagam, Netflix menjadi medium baharu untuk penonton untuk menonton semula atau menonton buat pertama kali filem tersebut. Tetapi filem ini mendapat kritikan daripada penonton di Netflix dimana rata-rata memberi respon yang negatif terutama dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi. Filem Mat Kilau ini mendapat komen-komen dimana filem arahan Syamsul Yusof itu dilihat sebagai sebuah "popcorn movie" dan mereka berpendapat filem berkaitan sejarah sepatutnya lebih "serius". Penonton menyifatkan ia sebuah filem yang biasa sahaja. Malah ada yang mengkritik filem tersebut dari segi audio iaitu aksi berlawan yang terlalu kuat, dialog yang sering bergaduh dan suara yang terlampau kuat serta penamat cerita ini tergantung. 

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa