Aminah Mokhtar Penulis Inspirasi

 


Biodata Aminah Mokhtar

Aminah Mokhtar merupakan seorang penulis yang terkenal sebagai penulis yang prolifik. Beliau dilahirkan pada 4 Oktober 1959 iaitu kini beliau sudah mencapai umur 64 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Muar, Johor. Beliau mula mendapat pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah di beberapa buah sekolah di johor. Beliau juga telah menyambung pengajian stpm dan kemudian telah ditawarkan sebagai jururawat pelatih. Kemudian, beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh diploma sains kejururawatan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai jururawat terlatih di wad bersalin, Pusat perubatan Universiti Malaya. Aminah Mokhtar banyak menulis dalam pelbagai genre antaranya skrip drama radio, cerpen, novel, dan puisi sejak tahun 1980-an. Pengalaman yang luas dalam bidang penulisan menobatkan beliau sebagai pemenang pelbagai anugerah sastera seawal tahun 1988. Beliau juga merupakan penerima S.E.A. Write Award 2020.

Pendorong Aminah Mokhtar dalam Berkarya

1. Cinta kepada Agama, Bangsa dan negara.

Aminah Mokhtar tiada pendorong beliau dalam menulis kerana bagi beliau sudah pasti keluarga menjadi dorongan yang penting tetapi beliau amat mencintai bangsa, agama, negara. Oleh itu, rasa sebegitu memberi inspirasi kepada beliau untuk berkarya. Contohnya, kebanyakan hasil karya beliau tertumpu kepada bangsa, agama dan negara.

2. Rasa Tanggungjawab

Aminah Mokhtar merasakan diri beliau memikul tanggungjawab sebagai anak bangsa dimana beliau dilahirkan sebagai seorang penulis menyebabkan beliau ingin menarik ramai lagi golongan muda untuk menelusuri bidang sastera khususnya. Beliau berpendapat sastera adalah untuk semua jenis bidang bukan tertumpu kepada orang sastera sahaja. Selain itu, beliau merasakan tanggunggjawabnya sebagai anak jati johor menyebabkan beliau ingin menaikkan nama johor itu.

Kenangan Bersama Aminah Mokhtar




Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa