Keunikan Wayang Kulit di Kelantan

WARISAN BUDAYA



Wayang kulit adalah satu warisan yang tidak asing lagi di negeri pantai timur terutamanya Kelantan. Wayang kulit merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.  Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dimana dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit Kelantan dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, wayang ini dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya.

Cerita yang dimuat dalam wayang kulit ini adalah berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan satu himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India. Selain itu, ukiran patung-patung wayang kulit ini menunjukkan persamaan dengan patung-patung Patani. Patung ini diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas kenderaan. Manakala dari segi pergerakan, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain. Seterusnya, bahasa yang digunakan merupakan bahasa pengantar dalam teater tradisional iaitu dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.

Wayang kulit merupakan satu warisan budaya yang perlu dikekalkan sehingga harini untuk memastikan warisan negeri seperti Pantai Timur tidak ditelan zaman. Warisan budaya seperti ini boleh dijadikan satu pameran kepada generasi muda supaya mereka mengambil tahu mengenai jenis-jenis atau fungsi-fungsi wayang kulit.


Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa