Dato' Hassan Ali pakar motivasi Malaysia

Mengenali Pakar Motivasi Negara.


Latar Belakang

 Dato' Dr. Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan pada 28 November 1947 di Klang, Selangor. Beliau telah mendapat Ijazah Pertama di Universiti Malaya kemudian menyambung pengajian di University of Pittsburgh, USA dan seterusnya di University of Wisconsin. 

Kerjaya

Dato' Dr. Hassan merupakan ahli politik dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor di bawah parti PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awa, Negeri Selangor. Selain itu, beliau pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau juga banyak memegang jawatan dalam kerajaan pada suatu ketika dahulu. Setelah meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan, beliau memulakan pusat motivasi. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn.Bhd. dan Akademi Keluarga Bahagia (AKRAB). Beliau juga pernah menjadi penceramah motivasi dan menjadi pengerusi majlis Forum Perdana Ehwal Islam di RTM1 . 

Dato' Dr. Hassan juga menganjurkan program-program melibatkan pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya. Beliau bergiat aktif dalam dunia motivasi dimana beliau telah mengendalikan program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang dititikberatkan adalah aspek pembinaan sikap positif bagi mewujudkan satu tenaga kerja yang berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia. Beliau bukan sahaja memberi motivasi di dalam negara sahaja bahkan sehingga ke luar negara seperti di Singapura, Brunei dan sebagainya. Malah beliau juga muncul sebagai panel di dalam beberapa rancangan Tv. Oleh itu, beliau dianggap sebagai salah seorang pakar motivasi negara bahkan beliau juga bergiat aktif dalam dunia penulisan iaitu beliau telah menulis sebanyak 30 tajuk buku.

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa