Posts

Showing posts from December, 2022

Sahabat Biar Sampai ke Syurga

Image
 Kawan dan Kenalan itu datang dan pergi. Tetapi seorang yang bergelar sahabat tidak akan pernah tinggalkan dan melupakan kita.  Sahabat boleh didefinisikan sebagai kawan, teman, taulan dan sebagainya. Tetapi sahabat mempunyai erti yang lebih khusus. Sahabat merupakan orang yang sentiasa berada dengan kita apa jua keadaan iaitu susah mahupun senang. Seseorang yang bergelar sahabat ini sukar untuk sesiapa sahaja memilikinya kerana sahabat adalah orang yang tidak akan sesekali menceritakan mengenai buruk rakannya kepada orang lain dan akan sentiasa menjaga perasaan serta memahami segala masalah yang dihadapinya.  Bagaimana Sahabat yang Baik? 1. Berani menegur kesilapan Sahabat adalah orang yang lama mengenali kita dan usia perkenalan yang agak panjang. Oleh itu, semua rahsia atau masalah sudah berada dalam tangan. Hubungan sudah dianggap seperti keluarga walau bukan darah daging. Dek kerana sayang dan prihatin, kita mempunyai hak untuk menegur segala kesilapan. Hal ini dikatakan demikian

Tentang Ummi, Syurgaku.

Image
 Ummi. Pasti kalian ada panggilan masing-masing kepada orang yang melahirkan kalian. Ummi adalah wanita yang sangat hebat dan kuat. Di balik kehebatan ummi, ummi merupakan seorang yang lemah lembut dan penyabar orangnya. Ummi sering sabar dengan kelakuan kita sebagai anak dimana melawannya, membantah segala perintahnya, seolah tidak menghargai apa yang telah ummi lakukan selama ini. Ummi telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa erti penat lelah. Membawa kandungan selama 9 bulan dan menyusui kita siang hingga malam dengan senyuman tulus terukir di bibirnya. Nyanyian-nyanyian ummi yang selalu bermain di telinga kita sehingga tertidur diulit mimpi. Tangisan kita yang harus membangunkan seorang yang bergelar ummi pada tengah malam yang sunyi. Sukar untuk jemari tangan aku menulis tentang sosok ibu yang begitu aku sayangi. Aku dilahirkan dari rahim ummi aku yang begitu hebat.  Aku amat mengagumi seorang wanita yang bergelar ibu kerana mereka ini kuat menghadapi keperitan dalam

Penderaan Kanak-Kanak Semakin Membimbangkan

Image
 ISU SEMASA Penderaan kanak-kanak merupakan satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka menurut Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Penderaan kanak-kanak terbahagi kepada empat jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Kesemua penderaan ini memberi impak buruk dan negatif yang tersendiri terhadap kanak-kanak. Perkara ini bakal merosakkan kehidupan serta masa depan mereka apatah lagi masa depan negara. Setiap kanak-kanak ini merupakan aset penting buat negara dan masyarakat dalam menentukan corak pembangunan negara pada masa hadapan. Kanak-kanak ini wajar diberi perlindungan dan pemeliharaan di samping kasih sayang dan perhatian yang menjadi tunjang utama dalam sesebuah institusi keluarga. Walau bagaimanapun, realitinya di Malaysia pada hari ini, berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak oleh pengasu

Baju Kurung Tradisional di Malaysia

Image
PENGENALAN   Baju kurung tradisional lebih labuh dan longgar dari baju kurung moden. Baju kurung ini dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Johor. Hal ini juga dilaporkan sangat popular selama Islamisasi Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an. JENIS BAJU KURUNG TRADISIONAL 1. Baju kurung Sarawak Pakaian jenis baju kurung dari Sarawak terserlah keindahannya apabila adanya hiasan kreatif yang mempamerkan kemahiran menghiaskan corak menggunakan tangan. Corak hiasan pada baju kurung Sarawak ini membentuk motif-motif etnik iaitu sama ada daripada tenunan, jalinan manik dan labuci. Perkara paling penting adalah kain baju kurung ini seringkali menggunakan kain songket. 2.Baju Kurung Negeri Sembilan Negeri Sembilan amat kaya dengan budaya kesenian dari segi pertukangan sehinggalah kepada pakaian yang cantik. Kebiasaannya kaum wanita gemar mengenakan baju kurung Negeri Sembilan. Jenis baju kurung ini sama seperti Baju Kurung Teluk Belanga dan Kebaya labuh yang dipadankan pula dengan kain sar