Baju Kurung Tradisional di Malaysia

PENGENALAN

 Baju kurung tradisional lebih labuh dan longgar dari baju kurung moden. Baju kurung ini dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Johor. Hal ini juga dilaporkan sangat popular selama Islamisasi Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an.

JENIS BAJU KURUNG TRADISIONAL

1. Baju kurung Sarawak


Pakaian jenis baju kurung dari Sarawak terserlah keindahannya apabila adanya hiasan kreatif yang mempamerkan kemahiran menghiaskan corak menggunakan tangan. Corak hiasan pada baju kurung Sarawak ini membentuk motif-motif etnik iaitu sama ada daripada tenunan, jalinan manik dan labuci. Perkara paling penting adalah kain baju kurung ini seringkali menggunakan kain songket.

2.Baju Kurung Negeri Sembilan

Negeri Sembilan amat kaya dengan budaya kesenian dari segi pertukangan sehinggalah kepada pakaian yang cantik. Kebiasaannya kaum wanita gemar mengenakan baju kurung Negeri Sembilan. Jenis baju kurung ini sama seperti Baju Kurung Teluk Belanga dan Kebaya labuh yang dipadankan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau, pakaian baju kurungnya diperbuat daripada kain baldu bersulam benang emas yang bertatahkan labuci. Manakala kain sarungnya pula diperbuat dari diperbuat dari kain songket penuh yang ditenun khas dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera.

3.Baju Kurung Kedah
 


Baju Kurung Kedah berasal dari Selatan Thailand. Jenis baju kurung ini menyerupai baju blaus pendek yang dibuat singkat dimana hanya sampai ke paras punggung. Baju Kurung Kedah merupakan jenis baju kurung yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas iaitu "cotton" yang berbunga kecil atau kain kasa tebal atau nipis dan jarang. Selain itu, Baju Kurung Kedah biasanya dipakai bersama kain sarung. Kain sarung tersebut diikat secara ambak mengalur dan dimasuk ke sebelah kiri atau kanan kain. Baju Kurung Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian ataupun sebagai pakaian basahan.

4.Baju Kurung Teluk Belanga


Baju Kurung Teluk Belanga ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1800-an. Maka itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak daripada itu, pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju Kurung Teluk Belanga mempunyai potongan yang labuh dan longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Manakala potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi memperkemaskan lagi leher baju tersebut. 



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa