Tentang Ummi, Syurgaku.
Ummi.
Pasti kalian ada panggilan masing-masing kepada orang yang melahirkan kalian.
Ummi adalah wanita yang sangat hebat dan kuat. Di balik kehebatan ummi, ummi merupakan seorang yang lemah lembut dan penyabar orangnya. Ummi sering sabar dengan kelakuan kita sebagai anak dimana melawannya, membantah segala perintahnya, seolah tidak menghargai apa yang telah ummi lakukan selama ini. Ummi telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa erti penat lelah. Membawa kandungan selama 9 bulan dan menyusui kita siang hingga malam dengan senyuman tulus terukir di bibirnya. Nyanyian-nyanyian ummi yang selalu bermain di telinga kita sehingga tertidur diulit mimpi. Tangisan kita yang harus membangunkan seorang yang bergelar ummi pada tengah malam yang sunyi. Sukar untuk jemari tangan aku menulis tentang sosok ibu yang begitu aku sayangi.
Aku dilahirkan dari rahim ummi aku yang begitu hebat. Aku amat mengagumi seorang wanita yang bergelar ibu kerana mereka ini kuat menghadapi keperitan dalam melahirkan seorang anak. Setiap kali aku memandang wajah ummi, aku dapat membayangkan kesakitan yang dirasai ketika melahirkan anak seramai 5 orang. Ummi ibarat permata bagi aku sebagai seorang anak. Ummi sering mendengar luahan hati aku dan sering mengajar aku erti sebuah kehidupan. Ummi sanggup menghabiskan wang demi membantu aku dan adik- beradik menyambung pengajian kami. Ummi sanggup mengorbankan segalanya demi melihat aku dan anaknya yang lain memperoleh kejayaan. Aku tidak sanggup kehilangan wanita yang bergelar ummi dan beliau adalah syurga aku. Kehilangan Ummi akan membuatkan aku tidak dapat meneruskan kehidupan. Kasih dan sayang Ummi tidak boleh diganti dengan orang lain. Ummi adalah satu-satunya ibu kandung aku yang melahirkan aku dan tidak boleh bersilih ganti.Setiap hari aku menghitung hari kerana umur Ummi kian meningkat. Aku tidak sanggup kehilangan seorang ibu kerana Ummi adalah penyeri hari-hari aku. Ummi sering mendengar setiap masalah aku dan perit yang aku rasai ketika berada di alam universiti. Ummi sentiasa memasang telinga untuk mendengar segala luahan aku. Aku tidak sanggup kehilangan Ummi. Tanpa seorang ibu, kita tiada tempat untuk mengadu.
Bagi mereka yang masih mempunyai ibu, kita perlu sentiasa hormat segala perintahnya dan jangan sesekali membantah keputusannya. Seorang anak harus memberi sepenuh kasih sayang kepada kedua orang tua bukan sahaja ibu malahan ayah juga. Mereka telah membesarkan kita daripada kecil lagi sehingga sekarang. Tingkah laku dan percakapan di hadapan kedua-dua orang tua kita harus dijaga supaya mereka tidak terguris hati dan demi menjaga perasaan mereka. Jika seseorang anak yang mengguriskan hati kedua orang tuanya maka dia tidak akan sesekali masuk Syurga.
Comments
Post a Comment