Sahabat Biar Sampai ke Syurga
Kawan dan Kenalan itu datang dan pergi. Tetapi seorang yang bergelar sahabat tidak akan pernah tinggalkan dan melupakan kita.
Sahabat boleh didefinisikan sebagai kawan, teman, taulan dan sebagainya. Tetapi sahabat mempunyai erti yang lebih khusus. Sahabat merupakan orang yang sentiasa berada dengan kita apa jua keadaan iaitu susah mahupun senang. Seseorang yang bergelar sahabat ini sukar untuk sesiapa sahaja memilikinya kerana sahabat adalah orang yang tidak akan sesekali menceritakan mengenai buruk rakannya kepada orang lain dan akan sentiasa menjaga perasaan serta memahami segala masalah yang dihadapinya.
1. Berani menegur kesilapan
Sahabat adalah orang yang lama mengenali kita dan usia perkenalan yang agak panjang. Oleh itu, semua rahsia atau masalah sudah berada dalam tangan. Hubungan sudah dianggap seperti keluarga walau bukan darah daging. Dek kerana sayang dan prihatin, kita mempunyai hak untuk menegur segala kesilapan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak mahu mereka jauh tersasar ke arah gejala negatif.
2. Sedia Membantu
Sahabat akan sentiasa bersedia untuk membantu ketika kita berada dalam kesusahan atau memerlukan tempat untuk mengadu mengenai masalah. Walau hujan dan ribut sekalipun, dia akan tetap datang untuk menghulurkan bantuan. Dia sering memberi wang sekiranya kita menghadapi kesukaran dari segi kewangan. Dia juga membantu dari segi pembelajaran iaitu apabila kita mengalami kesusahan dalam memahami sesuatu kerja. Sahabat adalah satu-satu insan yang akan memberi seluruh tenaganya untuk menolong kita.
3. Boleh Dipercayai
Kita seharusnya berhati-berhati dalam memilih sahabat. Sahabat yang kita cari haruslah memahami dan boleh dipercayai sepenuhnya. Hal ini kerana sahabat adalah orang yang kita bakal menceritakan segala mengenai kisah hidup, rahsia, keluarga dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu berwaspada dalam mencari sahabat yang tidak akan pernah tikam kita dari belakang. Sikap ini akan menyebabkan kehidupan seseorang itu akan musnah dan hubungan persahabatan akan hancur.
Comments
Post a Comment