Penderaan Kanak-Kanak Semakin Membimbangkan

 ISU SEMASA



Penderaan kanak-kanak merupakan satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka menurut Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Penderaan kanak-kanak terbahagi kepada empat jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Kesemua penderaan ini memberi impak buruk dan negatif yang tersendiri terhadap kanak-kanak. Perkara ini bakal merosakkan kehidupan serta masa depan mereka apatah lagi masa depan negara. Setiap kanak-kanak ini merupakan aset penting buat negara dan masyarakat dalam menentukan corak pembangunan negara pada masa hadapan. Kanak-kanak ini wajar diberi perlindungan dan pemeliharaan di samping kasih sayang dan perhatian yang menjadi tunjang utama dalam sesebuah institusi keluarga. Walau bagaimanapun, realitinya di Malaysia pada hari ini, berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak oleh pengasuh saban hari dilaporkan. Seharusnya pengasuh menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak dalam bertanggungjawab melindungi kanak-kanak serta memastikan mereka dalam keadaan selamat. 

Kita boleh lihat kes penderaan kanak-kanak yang tular di media sosial dimana kes adik Bella yang didera di rumah pengasuhnya. Adik bella merupakan seorang kanak-kanak yang dilahirkan dan diasuhkan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak serta Bella merupakan kanak-kanak yang istimewa. Salah seorang kawan kepada pengasuh adik bella iaitu Siti Bainun terserempak di Pusat Jagaan tersebut untuk melihat kanak-kanak kemudian dia berjumpa dengan Bella yang dikurung di dalam bilik. Kawannya Siti Bainun melihat keadaan Bella yang tidak terurus, kotor, luka yang mendalam dan lecur di tangan dan kaki, hatinya tersentuh. Bella terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat lalu melakukan pemeriksaan lanjutan terhadap keadaan Bella. Oleh itu, kes penderaan ke atas adik Bella terbongkar dimana Siti Bainun sendiri telah mendera secara fizikal dan emosi di rumah pengasuh tersebut. Kes penderaan adik Bella ini menjadi bualan hangat di media sosial terutama di Tiktok, Twitter, Facebook dan Instagram. Kes ini juga mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor dan pihak lain kerana mereka ingin mendapatkan keadilan bagi pihak adik Bella. #JUSTICEFORBELLA.

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa