Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah pakar motivasi handal Malaysia.

 TOKOH MOTIVASI



Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang pakar motivasi handal Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor pada 16 Julai 1951. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau telah menjadi seorang motivator lebih kurang 35 tahun sehingga hari ini. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga pada tahun 1993. Beliau juga telah menerima gelaran Tokoh Maal Hijrah di Selangor. Beliau banyak muncul di kaca TV, corong radio dan dada akhbar untuk memberikan kata-kata motivasi dan sering memperkatakan isu-isu kehidupan yang meliputi pembelajaran, kekeluargaan, penceraian dan perkahwinan. Beliau bukan sahaja motivator malah beliau telah menghasilkan banyak karya penulisan iaitu hampir 40 judul buku telah ditulis oleh beliau.

Antara hasil penulisan: 

1) Petua Membantu Anak Berjaya.
2) Strategi Menghadapi Peperiksaan.
3) Menjalin Hubungan Bahagia.
4) Petua Menangani Stres.

Hasil penulisan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah amat memberi kesan kepada saya sebagai seorang pelajar. Penulisan sebegini mampu membantu seseorang pelajar dalam meningkatkan motivasi mereka ke arah yang lebih baik seterusnya mampu melahirkan ramai pelajar cemerlang dan berjaya sehingga ke persada dunia. Setiap kata-kata motivasi beliau amat terkesan di jiwa masyarakat malah saya sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa