Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

 BUKU SASTERA

Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan


Ranjau Sepanjang Jalan merupakan satu karya Shahnon Ahmad yang banyak menyentuh mengenai kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung Banggul Derdep, Sik Kedah. Karya ini berlatar belakang kampung halaman penulis sendiri yang membawa pembaca menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa dahulu agar generasi akan datang sedar dan insaf akan susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini, penulis berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dan mewujudkan permainan emosi yang berjaya menyentak akal fikiran masyarakat sekarang yang mana petani dahulu sanggup berjuang demi mendapatkan sesuap nasi untuk diri sendiri malah semua lapisan masyarakat setempat ketika itu.

Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan isterinya Jeha serta tujuh orang anak gadis mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Mereka ini berjuang bersama-sama dalam menguruskan sawah sebanyak 14 relung sebagai satu kepentingan utama dalam kehidupan mereka. Walaupun untuk satu musim hasil padi tidak boleh terkurang kerana padi memjadi segala-galanya bagi mereka. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Perjuangan Lahuma sebagai ketua keluarga cukup memberi impak yang besar terhadap keluarganya sehingga Lahuma kecundang akhirnya akibat kakinya terpijak onak nibung yang meragut nyawanya sendiri. Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani bertambah buruk setelah pemergian ketua keluarga mereka iaitu Lahuma. Oleh itu, Jeha, isteri Lahuma memikul tanggungjawab yang besar dan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dalam menguruskan sawah peninggalan suaminya. Sebelum ini, Lahuma menguruskan sawah mereka dan dibantu oleh isterinya, Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban dalam mengusahakan sawah. Namun begitu, tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.

Malang sekali, Jeha tidak mampu bertahan dengan segala kesusahan yang dihadapi sendirian tanpa suaminya, Lahuma. Sawah mereka terkena bencana seperti banjir, serangan ketam-ketam. dan burung-burung tiak menbuatkan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila akibat daripada dugaan mendatang tanpa henti semasa mengusahakan sawahnya. Setelah Jeha menjadi gila kemudian dia dihantar ke hospital Tanjung Rambutan, Perak. Maka segala bebanan dan tanggungjawab keluarga telah diambil alih oleh anak sulungnya iaitu Sanah. Oleh itu, Sanah dan adik-adiknya merupakan penerus dalam perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai keluarga tani untuk menguruskan sawah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa