Pulau Kapas

 


PULAU KAPAS PULAU INDAH?

Pada bulan lepas, saya telah mengunjungi satu tempat yang dilihat indah dan cantik. Tempat yang sering menjadi bualan orang ramai iaitu Pulau Kapas. Pulau Kapas ini terletak di Terengganu dan . Tempat ini sesuai dijadikan sebagai tempat percutian bersama ahli keluarga ataupun pasangan yang baru berkahwin. Tempat ini merupakan satu destinasi wajib bagi orang ramai yang bercuti di Terengganu terutama pelancong asing. Keistimewaan Pulau Kapas ini adalah pulau ini mempunyai laut biru berwarna "tuquoise" yang mengandungi banyak batu, beberapa tompok karang dan beberapa bangkai kapal.  Selain daripada melihat keindahan pulau ini, pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti terutamanya snorkeling dan scuba diving. Pulau Kapas merupakan syurga menyelam dan sesuai untuk pelancong yang mempunyai minat terhadap aktiviti seperti itu. Keindahan hidupan marin juga setanding dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Redang membuatkan saya memilih Pulau Kapas sebagai destinasi percutian bersama ahli keluarga saya. Bukan itu sahaja, tempat ini juga menarik kerana mempunyai Bukit Singa dimana ia merupakan "landmark" kepada pulau ini. Malah pelancong juga boleh bermandi-manda di dalam sebuah Gua Batu Kapas. Ini merupakan satu pengalaman baru buat diri saya dan ahli keluarga kerana dapat mandi dalam sebuah gua. Pulau adalah sebuah tempat yang sesuai untuk orang ramai tenangkan diri dan melepaskan segala tekanan yang dihadapi. Disini kita dapat bersiar-siar sambil menghirup udara yang segar dan melupakan masalah-masalah yang terbuku di fikiran. Tempat ini sesuai kepada pelancong yang memilih percutian bajet kerana di sini banyak pilihan chalet dan harga yang berpatutan. Sesiapa yang belum pernah mengunjungi Pulau Kapas ini, anda boleh datang ke sini kerana tempat ini sangat cantik dan menarik dengan keindahan alam semula jadi. 

PENGALAMAN DI PULAU PERHENTIAN

Percutian di Pulau Kapas amat menyeronokkan kerana saya pergi bersama ahli keluarga yang tersayang. Saya dan keluarga berseronok dan bersuka ria di pulau ini dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti menyelam, jungle trekking dan banyak lagi. Bulan lepas merupakan bulan yang istimewa bagi saya dimana saya dan keluarga meluangkan masa bersama setelah beberapa tahun kami tidak mengadakan percutian sebegini. Pengalaman ini tidak akan pernah saya lupakan sehingga ke hari tua.

Comments

Popular posts from this blog

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa