Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa
Drama Dia Isteri Luar Biasa merupaka satu drama Melayu adaptasi daripada novel Dia Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2015. Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nur Fathia sebagai watak utama.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Dewi Yusra yang merupakan seorang feminisma yang memperjuangkan hak-hak wanita teraniaya, seperti wanita yang didera dan dipukul suami dan diceraikan. Hal ini kerana, Dewi melihat ibunya didera dan dipukul oleh ayahnya ketika dia kecil. Disebabkan kisah silam tersebut membuatkan dia tidak mempercayai mana-mana lelaki. Namun begitu, Dewi tetap ingin mencari mencari suami sementara kerana dia mahukan zuriat dan dia pernah menggunakan kaedah IVF tetapi ditolak oleh pihak klinik. Kemudian, hadir seorang jejaka iaitu Dr, Raden Amzar dimana mereka dipertemukan dalam satu insiden yang lucu semasa penerbangan pulang ke Malaysia dari London.
Drama ini mendapat tontonan yang memberangsangkan tetapi turut menjadi bualan dimana drama ini juga turut dikritik dari segi gaya lakonan. Lakonan yang dilakonkan oleh para pelakon agak melampau terutama ketika aksi bersentuhan. Pihak produksi terutama pengarah seharusnya memaparkan imej yang baik terhadap masyarakat. Walaupun babak antara suami dan isteri yang ditunjukkan tetapi perlu mempunyai batas pergaulan. Oleh itu, setiap pengarah perlu lebih berwaspada dalam memaparkan aksi-aksi yang boleh mendatangkan fitnah apabila menayangkan babak bersentuhan yang melampau kerana banyak lagi inisiatif yang boleh diambil untuk menunjukkan sisi romantis pasangan suami isteri. Selain itu, drama ini juga memaparkan watak Fathia sebagai Dewi yang mempunyai niat untuk melahirkan anak menerusi kaedah tabung uji tanpa berkahwin. Perkara ini sememangnya bercanggah dengan hukum agama Islam. Perkara sebegini tidak sepatutnya dipaparkan dalam drama-drama. Hal ini boleh mendorong masyarakat melakukan perkara tersebut terutama generasi muda yang tidak mempunyai pemikiran yang matang.
Comments
Post a Comment