Allahyarham Dato' Dr. Haron Din Tokoh Ulama Agama di Malaysia

 SIAPAKAH ALLAHYARHAM DATO' DR.  HARON DIN?


Haron Din merupakan seorang insan yang dikenali terutama dalam kalangan umat islam. Allahyarham merupakan seorang yang dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat di Malaysia. Allahyarham Haron Din juga merupakan seorang ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Allahyarham merupakan seorang pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia atau dikenali sebgai Darussyifa'. Sebagai umat islam, maka eloklah kita mengetahui serba sedikit latar belakang Dato'  Dr. Haron Din. 

Dato' Dr. Haron Din dikenali sebagai Tuan Guru. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangsar, Perlis. Beliau dikurniakan dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Tuan Guru Haron Din telah dibesarkan dalam kalangan keluarga yang penuh dengan ajaran agama Islam. Beliau memiliki ibu bapa yang mana merupakan guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada orang kampung. Tuan Guru Haron Din telah menerima pendidikan awal dengan ibu bapanya sendiri kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali dan seterusnya ke salah satu Madrasah di Klang, Selangor. Kemudian, Tuan Guru Haron Din melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya memperolehi biasiswa untuk meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Cairo dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Tuan Guru Haron Din telah kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian dalam bidang Doktor Falsafah sehingga memperolehi Ph.D Syariah.  Akhir sekali beliau ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam. 

Tuan Guru Haron Din merupakan seorang Ulama yang patut dicontohi dengan ketekunan dan kesungguhan yang ada pada diri beliau dalam menyebarkan ilmu pengetahuan  sepanjang beliau berada dalam dunia akademik. Hal ini dapat dibuktikan melalui penghasilan pelbagai karya-karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja. Antara hasil karya Tuan Guru Haron Din ialah :

1. Buku "Jawapan kepada Hadith Satu Penilaian Semula" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
2. Buku "Rawatan Gangguan Makhluk Halus" terbitan Watan. 
3.Buku "Manusia dan Islam" (mempunyai tiga Edisi)
4. Buku "Suami Isteri dan Rumahtangga Menurut Islam" terbitan Maju Press.

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa