Bapaku Inspirasiku

 

Bapa merupakan ahli keluarga yang memainkan peranan penting dalam institusi sesebuah keluarga.Bapa adalah orang yang memikul tanggungjawab dalam mencari rezeki untuk ahli keluarga. Pengorbanan yang dilakukan seorang yang bergelar bapa sememangnya harus diberi pujian. Bapaku adalah idolaku kerana dia berusaha menggembirakan keluarga disaat kami bersedih. Beliau mengajar aku apa itu susah iaitu walau dimana kita berada, kita kena sentiasa melihat ke bawah. Beliau mengajar aku supaya sentiasa berbuat baik kepada orang lain dan bersedekah selagi mampu. Nasihat yang selalu diberi oleh bapaku sentiasa bermain dalam fikiran. 

Oleh itu, bagi mereka yang masih mempunyai bapa, kita perlu sentiasa hormat segala perintahnya dan jangan sesekali membantah keputusannya. Seorang anak harus memberi sepenuh kasih sayang kepada kedua orang tua bukan sahaja bapa malahan ibu juga seorang insan yang penting. Mereka telah membesarkan kita daripada kecil lagi sehingga sekarang. Tingkah laku dan percakapan di hadapan kedua-dua orang tua kita harus dijaga supaya mereka tidak terguris hati dan demi menjaga perasaan mereka. Jika seseorang anak yang mengguriskan hati kedua orang tuanya maka dia tidak akan sesekali masuk Syurga.

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa