Keunikan Wayang Kulit di Kelantan
WARISAN BUDAYA Wayang kulit adalah satu warisan yang tidak asing lagi di negeri pantai timur terutamanya Kelantan. Wayang kulit merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dimana dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit Kelantan dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, wayang ini dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya. Cerita yang dimuat dalam wayang kulit ini adalah berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan satu himpunan cerita yang disadur dari epik Ra...

Comments
Post a Comment