Palestin, Kami Masih Bersamamu.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus sentiasa mendoakan rakyat Palestin agar mereka diberikan kebebasan. Setiap tangisan dan kepedihan yang mereka rasai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap kali mendengar perkhabaran bahawa ramai rakyat Palestin yang terkorban membuatkanku tidak sanggup membayangi perasaan anak yang kehilangan ibu bapa dan juga ibu bapa yang kehilangan anak. Seringkali kita dikhabarkan dengan pendarahan yang dialami mereka. Tidak sanggup melihat sakit yang dirasai mereka. Perjuangan umat Islam sememangnya harus dipuji kerana mereka berjihad untuk mempertahankan tanah Islam sehingga ramai yang sudah mati Syahid.
Sebagai umat Islam, aku hanya mampu berdoa dan memohon agar umat Islam di Palestin mencapai kebebasan kerana kita mungkin tidak berdaya untuk menolong daripada aspek fizikal tetapi dengan doa itu adalah satu alternatif yang terbaik. Selain itu, kita perlu sentiasa melihat perkembangan rakyat di sana. Malah kita boleh menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing bagi mengurangkan beban mereka di sana. Ayuh rakyat Malaysia teruskan berdoa dan memboikot segala barangan Yahudi untuk menunjukkan tanda solidariti kepada umat Islam di Palestin.
Comments
Post a Comment