Kritikan Filem : Pulang

 



Filem Pulang merupakan sebuah filem yang pernah mencapai tontonan yang ramai pada suatu ketika dulu. Filem ini adalah sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia iaitu sebuah filem dinspirasika daripada satu kisah benar dan dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai watak utama kemudian dibarisi beberapa pelakon lagi. Filem Pulang adalah salah satu filem yang pecah panggung ketika filem itu ditayangkan. Filem ini mengisahkan seorang kelasi kapal iaitu Othman yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Namun, sebelum berlayar dia telah berjanji dengan isterinya Che Tom dan anak lelaki mereka bahawa dia akan pulang dengan membawa kekayaan. Isterinya menanti dengan penuh kesabaran dan akur dengan pemergian suaminya serta setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Menerusi filem Pulang terdapat beberapa aspek yang diberi tumpuan iaitu sinematografi. Sinematografi yang dipaparkan sememangnya harus dipuji dengan gambaran lautan yang cantik dan memberi kesan kepada penonton sehingga berjaya bercerita dan menyampaikan emosi sedih, rindu, marah dan sebagainya. Kemudian, plot penceritaan filem ini amat memberangsangkan dimana terdapat plot "twist" yang membuatkan penonton tertanya-tanya. Terdapat kejutan plot yang dipaparkan pada pertengahan filem Pulang ini.

Selain itu, dari segi gaya lakonan, watak yang dibawa oleh Remy Ishak amat memuaskan dimana cara penyampaian dialognya menampakkan belaiu menjiwai watak tersebut. Namun begitu, watak Che Tom oleh Puteri Aishah dilihat tidak terlalu cemerlang. Hal ini kerana Puteri Aishah kurang dari segi penghayatan. Penghayatan merupakan satu perkara yang amat penting kepada para pelakon dalam industri. Walau bagaimanapun, ada beberapa babak yang Puteri Aishah berjaya menyampaikan emosinya dengan baik. 


Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa