Kuih Tempatan yang digemari ramai

 Kuih tempatan adalah satu makanan yang dijadikan manisan bagi melengkapkan sesuatu juadah. Setiap negeri di Malaysia memiliki kuih tempatan yang menjadi keistimewaan bagi negeri mereka. Terdapat banyak jenis kuih tempatan atau tradisional yang ramai rakyat di Malaysia tidak tahu. Antaranya:

1. Kuih Putri Salat

Kuih Putri Salat ini juga dikenali sebagai kuih seri muka. Kuih ini terdiri daripada lapisan yang dikukus iaitu lapisan beras pulut dan lapisan kastard pandan. Asas kepada pembuatan kuih ini agak mudah iaitu hanya menggunakan telur, gula, santan, beras pulut dan daun pandan. Kuih ini kebiasaannya menjadi hidangan yang paling digilai ramai masyarakat di Malaysia.

2. Kuih Nagasari

Kuih Nagasari merupakan kuih yang dikukus. Lapisan putih kuih ini terhasil daripada campuran santan dengan tepung beras, tepung jagung, dan santan yang dimasak di atas dapur sehingga campuran ini menjadi pekat.Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan kemudiannya dikukus. Kuih ini sememangnya jarang didengar tetapi menjadi salah satu kuih tradisional di Malaysia.

3. Kuih Badak Berendam

Kuih ini diberi nama badak berendam disebabkan cara hidangannya dilihat seperti badak yang sedang berendam. Kuih ini hampir sama dengan kuih ondeh-ondeh dan ia dihidangkan bersama kuah. Bebola kuih ini diperbuatkan daripada pulut yang mempunyai isi gula perang di bahagian tengahnya. Kuahnya pula dibuat menggunakan santan, garam dan tepung jagung. Kuih ini menjadi kuih tempatan bagi negeri Kelantan khususnya.

4. Kuih Tepung Gomak

Kuih ini dibuat menggunakan tepung kacang hijau sebagai bahan utama dan satu lagi tepung beras. Manakala intinya pula, dibuat mengikut cita rasa masing-masing iaitu sama ada inti kelapa atau inti kacang hijau dan gula melaka. Tepung beras digunakan untuk membuat doh dan kemudian direbus manakala tepung kacang hijau akan dipanggang dan membentuk palisan serbuk kuih ini.

Ini merupakan beberapa kuih tempatan yang terdapat di Malaysia dan banyak lagi kuih tempatan yang boleh dijadikan kegemaran semua rakyat di Malaysia. Kuih tradisional merupakan sebahagian identiti dan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, adat dan budaya. 



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa