Meneliti Latar Masyarakat dalam Novel Ombak Bukan Biru
Novel Ombak Bukan Biru merupakan sebuah karya Fatimah Busu dan terbitan baru oleh JIWA pada tahun 2022.
SinopsisOmbak Bukan Biru mengisahkan seorang gadis bernama Imrah. Imrah merupakan seorang gadis yang berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Imrah seorang gadis yang berdiri di garisan tradisi lama tetapi kehidupan moden di bandar. Imrah mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bernama Yamin tetapi wujud perselisihan faham antara mereka apabila seorang gadis bernama Rubiah mendekati Yamin. Perkara ini membuatkan Imrah menganggap Yamin berlaku curang ke atas dirinya. Kemudian, Imrah akur dan meneruskan kehidupan tanpa cinta sejatinya dan seterusnya Imrah berkenalan dengan seorang gadis Eropah iaitu Celine. Perkenalan Celine telah memadam kenangan indah bersama Yamin apabila Imrah diundang ke Pulau Pinang. Pada saat itu, kehidupan Imrah berubah apabila kehadiran jejaka mat saleh bernama Lawrence. Cinta mereka mula berputik tetapi Imrah terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan kerana hubungan mereka tidak direstui oleh ayahnya.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mengamalkan adat resam dan tradisi
Adat melenggang perut yang diamalkan oleh kak Rohani iaitu kakak sulung kepada Imrah dengan bantuan Mak Cik Bidan. Adat melenggang perut merupakan satu adat tradisi yang diamalkan oleh seorang yang bakal bergelar ibu iaitu usia kandungan genap tujuh bulan. Tujuannya adalah untuk menempatkan kedudukan bayi di dalam perut.
2. Masyarakat yang mengambil berat terhadap anak-anak
Imrah merupakan seorang ibu yang bertanggungjawab dan menjaga anaknya walaupun dia mengalami krisis rumah tangga. Walaupun Imrah terpaksa menjaga anaknya bersendirian, dia tetap memberi perhatian sepenuhnya tanpa memikirkan keadaan dirinya.
3.Masyarakat yang tegas dalam membuat keputusan.
Watak Ayah kepada Imrah yang bersikap tegas terhadap anaknya iaitu menghalau Imrah disebabkan kebencian dirinya terhadap orang kafir. Ketegasan yang ada pada ayah Imrah menyebabkan dia terpaksa menanggung penderitaan.
Comments
Post a Comment