Sajak Untukmu Sahabatku
Sahabat oh sahabat
Dirimu bagai permata bagiku
Kasih yang tidak terhenti
Hubungan persahabatan akan ku genggam
Lautan api sanggup aku redahi
kerana kau sahabat sejatiku
Melalui hari-hari yang penuh liku
Bersamamu wahai sahabat
Berbagi kisah
Suka duka tawa bersama
Bergenggaman erat menepis gundah dan
nestapa
Tetap bersama bagai isi dengan kuku
Takkan kubiarkan meluluhkan benang kasih
yg lama tercipta
Oh sahabat
Walau dunia memisahkan kita
Kenangan kita cipta bersama
Akanku ingat dan simpan dalam lubuk hati
Walau dimana engkau berada
Walau panas dan hujan silih berganti
Setiap langkahmu ingatlah sahabatmu
Hanya itu sahaja yang kupinta.
Wahai sahabatku
Kaulah yang membawa keceriaan kepadaku
Kaulah menjadi inspirasiku
Disaat aku susah
Dirimu sanggup berkorban demi sahabatmu
Sungguhpun sukar kita harungi cabaran
Penuh dengan kebencian apabila kita
bersama
Dipandang sinis orang sekeliling
Tetapi hatimu tetap kental
Tidak sesekali engkau berpaling dariku
Itulah dinamakan sahabat bukan kawan
Walau ada memburukkan aku
Engkau tutup telinga pejamkan mata
Kata-kata yang boleh memutuskan ikatan kita
Wahai sahabat akhiratku
Cinta kasihmu tiadakan retak
Kasih dan budimu tidak dapatku balas
Terima kasih untuk segala jasamu
Kaulah sahabat kaulah permata
Oh sahabat !
Comments
Post a Comment