Sastera di Masa Hadapan

 Adakah Sastera masih relevan di masa hadapan? 

Sastera merupakan satu bidang yang memberi manfaat dalam dunia penulisan sama ada di luar mahupun di dalam. Tetapi pada masa kini, sastera perlu berdepan dengan era nilai komersial yagn subversif daripada masyarakat pengguna kerana keberadaanya tergantung pada kesediaan untuk memikul kesepian seperti yang dikatakan oleh Gao iaitu penerima anugerah Nobel Prize pada tahun 2000. Namun begitu, sastera itu akan ada masa depannya selagi sastera tidak melampaui batas terjemahan. Hal ini kerana, menerusi penterjemahan, sastera terlihat melampaui bahasa dan adat sosial yang spesifik dan hubungan yang wujud antara manusia yang terbentuk kerana keadaan geografi dan sejarah. Kini, negara dilanda arus pemodenan dan penulis semakin menerima pelbagai pengaruh budaya terutama dari budaya luar. Tetapi, masa depan sastera juga perlu bergantung kepada peredaran dan perubahan zaman. Setiap penulis harus sentiasa peka dengan keadaan semasa. 

Selain itu, ada juga yang beranggapan pelajar yang mengambil kos sastera mungkin sukar mendapat pekerjaan. Pemikiran masyarakat sebegitu perlu dihapuskan kerana sastera merupakan satu bidang yang melahirkan ramai penulis-penulis yang boleh memberi kejayaan kepada negara. Setiap masyarakat perlu bersifat terbuka dan perlu percaya kebolehan seseorang terutama kepada generasi muda seperti pelajar yang baru sahaja menceburi dalam bidang penulisan. Bidang sastera bukan sahaja dilihat sebagai penulis malah mereka yang menceburi bidang sastera ini boleh melibatkan diri dalam dunia penerbitan dan banyak lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Kapas

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa