Makanan Tradisional yang Paling Digemari
Apa itu Makanan Tradisional? Makanan tradisional merupakan satu makanan yang diwarisi sejak turun-temurun dari nenek moyang kita. Makanan tradisional mempunyai citarasa yang tersendiri malah digemari oleh pelbagai kaum dan setiap lapisan masyarakat. Makanan Melayu boleh dikatakan unik kerana memiliki aroma yang sangat kuat, padas dan menggabungkan dengan rasa banyak ramuan dan rempah. Makanan Tradisional yang Paling Digemari. 1. Nasi Lemak Nasi Lemak terkenal sebagai satu hidangan kebangsaan Malaysia dan kegemaran orang ramai sepanjang masa. Bukan sahaja di dalam malah di luar negara juga meminati hidangan ini. Hidangan ini adalah beras yang direndam dengan santan, disajikan dengan sambal, ikan bilis goreng renyah, kacang panggang dan timun. Nasi Lemak ini dibungkus dengan daun pisang untuk memberi rasa yang sangat harum. Nasi Lemak merupakan makanan yang wajib dicuba di Malaysia terutama bagi pelancong. Kebiasaannya Nasi Lemak dimakan semasa sarapan pagi tetapi ia juga boleh dibuat ma