Posts

Sastera di Masa Hadapan

 Adakah Sastera masih relevan di masa hadapan?  Sastera merupakan satu bidang yang memberi manfaat dalam dunia penulisan sama ada di luar mahupun di dalam. Tetapi pada masa kini, sastera perlu berdepan dengan era nilai komersial yagn subversif daripada masyarakat pengguna kerana keberadaanya tergantung pada kesediaan untuk memikul kesepian seperti yang dikatakan oleh Gao iaitu penerima anugerah Nobel Prize pada tahun 2000. Namun begitu, sastera itu akan ada masa depannya selagi sastera tidak melampaui batas terjemahan. Hal ini kerana, menerusi penterjemahan, sastera terlihat melampaui bahasa dan adat sosial yang spesifik dan hubungan yang wujud antara manusia yang terbentuk kerana keadaan geografi dan sejarah. Kini, negara dilanda arus pemodenan dan penulis semakin menerima pelbagai pengaruh budaya terutama dari budaya luar. Tetapi, masa depan sastera juga perlu bergantung kepada peredaran dan perubahan zaman. Setiap penulis harus sentiasa peka dengan keadaan semasa.  Selain itu, ada j

Palestin, Kami Masih Bersamamu.

Image
 Kini dan saban hari dunia sering mendengar tentang perkhabaran keseksaan dan kedukaan daripada umat Islam di Palestin. Seperti kita tahu, umat Islam di sana mengalami penderitaan yang berpanjangan dan tidak pernah terputus dengan bunyian bom yang tidak henti-henti oleh Zionis Yahudi. Zionis Yahudi yang kejam dan zalim serta tidak berperikemanusiaan yang bertindak ganas dengan menceroboh dan merampas hak-hak umat Islam di Palestin. Bukan itu sahaja, mereka juga telah membunuh beribu-ribu umat Islam terutama kanak-kanak di Palestin. Hal ini dilihat bahawa Zionis Yahudi bertindak dengan begitu kejam terhadap kanak-kanak termasuklah ibu bapa mereka malah pembunuhan di hadapan mata anak-anak kecil. Zionis Yahudi sememangnya dilaknat Allah, mereka sanggup menghancurkan hospital dimana tempat yang digunakan untuk memberi rawatan kepada umat Islam di Palestin.  Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus sentiasa mendoakan rakyat Palestin agar mereka diberikan kebebasan. Setiap tangisan dan keped

Sajak Untukmu Sahabatku

  Sahabat oh sahabat Dirimu bagai permata bagiku Kasih yang tidak terhenti Hubungan persahabatan akan ku genggam Lautan api sanggup aku redahi kerana kau sahabat sejatiku Melalui hari-hari yang penuh liku Bersamamu wahai sahabat Berbagi kisah Suka duka tawa bersama Bergenggaman erat menepis gundah dan nestapa Tetap bersama bagai isi dengan kuku Takkan kubiarkan meluluhkan benang kasih yg lama tercipta   Oh sahabat Walau dunia memisahkan kita Kenangan kita cipta bersama Akanku ingat dan simpan dalam lubuk hati Walau dimana engkau berada Walau panas dan hujan silih berganti Setiap langkahmu ingatlah sahabatmu Hanya itu sahaja yang kupinta.   Wahai sahabatku Kaulah yang membawa keceriaan kepadaku Kaulah menjadi inspirasiku Disaat aku susah Dirimu sanggup berkorban demi sahabatmu Sungguhpun sukar kita harungi cabaran Penuh dengan kebencian apabila kita bersama Dipandang sinis orang sekeliling Tetapi hatimu tetap kental Tidak s

Busana Tradisional di Malaysia

Image
 Busana Tradisional merupakan satu cara atau etika pemakaian oleh sesebuah komuniti masyarakat dan etnik pelbagai kaum di Malaysia. Setiap busana tradisi memiliki ciri-ciri atau keistimewaan yang menjadi lambang atau identiti sesebuah masyarakat mengikut agama, bangsa dan amalan serta aktiviti seharian mereka. Terdapat pelbagai busana tradisional yang dapat dilihat: Baju Kurung Ibu Soko Baju ini merupakan busana tradisional bagi Negeri Sembilan. Ibu Soko melambangkan seorang wanita yang berilmu dan berpengalaman tentang peradapan serta kehidupan perjalanan adat khususnya mengenai salasilah kekeluargaannya. Busana ini digayakan mengikut daerah di Negeri Sembilan. Contohnya, bagi daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan sehelai kain samping ikatan ombak beralun di pinggang. Ikatan kain samping ini mempunyai maksud dan falsafah yang tertentu iaitu melambangkan tanggungjawab yang harus dipertanggungjawabkan dan tidak boleh berbuat sesuka hati. Baju Kebaya Pendek Pahang Busana ini dipakai sebag

Bapaku Inspirasiku

Image
  Bapa merupakan ahli keluarga yang memainkan peranan penting dalam institusi sesebuah keluarga.Bapa adalah orang yang memikul tanggungjawab dalam mencari rezeki untuk ahli keluarga. Pengorbanan yang dilakukan seorang yang bergelar bapa sememangnya harus diberi pujian. Bapaku adalah idolaku kerana dia berusaha menggembirakan keluarga disaat kami bersedih. Beliau mengajar aku apa itu susah iaitu walau dimana kita berada, kita kena sentiasa melihat ke bawah. Beliau mengajar aku supaya sentiasa berbuat baik kepada orang lain dan bersedekah selagi mampu. Nasihat yang selalu diberi oleh bapaku sentiasa bermain dalam fikiran.  Oleh itu, bagi mereka yang masih mempunyai bapa, kita perlu sentiasa hormat segala perintahnya dan jangan sesekali membantah keputusannya. Seorang anak harus memberi sepenuh kasih sayang kepada kedua orang tua bukan sahaja bapa malahan ibu juga seorang insan yang penting. Mereka telah membesarkan kita daripada kecil lagi sehingga sekarang. Tingkah laku dan percakapan d

Pulau Kapas

Image
  PULAU KAPAS PULAU INDAH? Pada bulan lepas, saya telah mengunjungi satu tempat yang dilihat indah dan cantik. Tempat yang sering menjadi bualan orang ramai iaitu Pulau Kapas. Pulau Kapas ini terletak di Terengganu dan . Tempat ini sesuai dijadikan sebagai tempat percutian bersama ahli keluarga ataupun pasangan yang baru berkahwin. Tempat ini merupakan satu destinasi wajib bagi orang ramai yang bercuti di Terengganu terutama pelancong asing. Keistimewaan Pulau Kapas ini adalah pulau ini mempunyai laut biru berwarna "tuquoise" yang mengandungi banyak batu, beberapa tompok karang dan beberapa bangkai kapal.  Selain daripada melihat keindahan pulau ini, pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti terutamanya  snorkeling  dan  scuba diving . Pulau Kapas merupakan syurga menyelam dan sesuai untuk pelancong yang mempunyai minat terhadap aktiviti seperti itu. Keindahan hidupan marin juga setanding dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Redang membuatkan saya memilih Pulau Kapas sebag

Kuih Tempatan yang digemari ramai

Image
 Kuih tempatan adalah satu makanan yang dijadikan manisan bagi melengkapkan sesuatu juadah. Setiap negeri di Malaysia memiliki kuih tempatan yang menjadi keistimewaan bagi negeri mereka. Terdapat banyak jenis kuih tempatan atau tradisional yang ramai rakyat di Malaysia tidak tahu. Antaranya: 1. Kuih Putri Salat Kuih Putri Salat ini juga dikenali sebagai kuih seri muka. Kuih ini terdiri daripada lapisan yang dikukus iaitu lapisan beras pulut dan lapisan kastard pandan. Asas kepada pembuatan kuih ini agak mudah iaitu hanya menggunakan telur, gula, santan, beras pulut dan daun pandan. Kuih ini kebiasaannya menjadi hidangan yang paling digilai ramai masyarakat di Malaysia. 2. Kuih Nagasari Kuih Nagasari merupakan kuih yang dikukus. Lapisan putih kuih ini terhasil daripada campuran santan dengan tepung beras, tepung jagung, dan santan yang dimasak di atas dapur sehingga campuran ini menjadi pekat.Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan kemudiannya dikukus. Kuih ini sememangnya jarang dide

Kritikan Filem : Pulang

Image
  Filem Pulang merupakan sebuah filem yang pernah mencapai tontonan yang ramai pada suatu ketika dulu. Filem ini adalah sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia iaitu sebuah filem dinspirasika daripada satu kisah benar dan dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai watak utama kemudian dibarisi beberapa pelakon lagi. Filem Pulang adalah salah satu filem yang pecah panggung ketika filem itu ditayangkan. Filem ini mengisahkan seorang kelasi kapal iaitu Othman yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Namun, sebelum berlayar dia telah berjanji dengan isterinya Che Tom dan anak lelaki mereka bahawa dia akan pulang dengan membawa kekayaan. Isterinya menanti dengan penuh kesabaran dan akur dengan pemergian suaminya serta setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun. Menerusi filem Pulang terdapat beberapa aspek yang diberi tumpuan iaitu sinematografi. Sinematografi

Kritikan Drama TV: Dia Isteri Luar Biasa

Image
  Drama Dia Isteri Luar Biasa merupaka satu drama Melayu adaptasi daripada novel Dia Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2015. Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nur Fathia sebagai watak utama.  Sinopsis Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Dewi Yusra yang merupakan seorang feminisma yang memperjuangkan hak-hak wanita teraniaya, seperti wanita yang didera dan dipukul suami dan diceraikan. Hal ini kerana, Dewi melihat ibunya didera dan dipukul oleh ayahnya ketika dia kecil. Disebabkan kisah silam tersebut membuatkan dia tidak mempercayai mana-mana lelaki. Namun begitu, Dewi tetap ingin mencari mencari suami sementara kerana dia mahukan zuriat dan dia pernah menggunakan kaedah IVF tetapi ditolak oleh pihak klinik. Kemudian, hadir seorang jejaka iaitu Dr, Raden Amzar dimana mereka dipertemukan dalam satu insiden yang lucu semasa penerbangan pulang ke Malaysia dari London.  Drama ini mendapat tontonan yang me

Aminah Mokhtar Penulis Inspirasi

Image
  Biodata Aminah Mokhtar Aminah Mokhtar merupakan seorang penulis yang terkenal sebagai penulis yang prolifik. Beliau dilahirkan pada 4 Oktober 1959 iaitu kini beliau sudah mencapai umur 64 tahun. Beliau merupakan anak kelahiran Muar, Johor. B eliau mula mendapat pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah di beberapa buah sekolah di johor. Beliau juga telah menyambung pengajian stpm dan kemudian telah ditawarkan sebagai jururawat pelatih. Kemudian, beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh diploma sains kejururawatan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai jururawat terlatih di wad bersalin, Pusat perubatan Universiti Malaya. Aminah Mokhtar banyak menulis dalam pelbagai genre antaranya skrip drama radio, cerpen, novel, dan puisi sejak tahun 1980-an. Pengalaman yang luas dalam bidang penulisan menobatkan beliau sebagai pemenang pelbagai anugerah sastera seawal tahun 1988. Beliau juga merupakan penerima S.E.A. Write Award 2020. Pendorong Aminah Mokhtar d

Budaya Main Puteri atau Main Teghi

Image
 Main Puteri merupakan satu upacara perubatan tradisional di pantai Timur antaranya di Kelantan dan Terengganu serta di selatan Thailand. Main Puteri ini juga digelar sebagai Main Teghi iaitu dalam dialek Kelantan. Main Puteri ini merupakan satu kesenian yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak lama dahulu. Daripada sudut persembahan, Main Puteri ini menggabungkan unsur-unsur lakonan,nyanyian, tarian, mimos dan muzik selain gabungan unsur Islam, magis dan ritual. Main Teghi ini kebiasaannya diketuai oleh Tok Teghi iaitu ketua kumpulan yang bertindak sebagai perantara bagi menghubungkan pesakit dengan angin atau semangat yang diseru. Semasa menjalani upacara ini Tok Teghi akan mengalami perubahan sikap sama ada menjadi bengis, garang, bersuara sengau dan watak lain bagi menggambarkan sakit yang ditanggung pesakit. Main Puteri ini kebiasaannya dimainkan selama satu hingga tiga malam bertujuan untuk mengubati penyakit terutamanya rasukan makhluk halus. Main Put

Meneliti Latar Masyarakat dalam Novel Ombak Bukan Biru

Image
Novel Ombak Bukan Biru merupakan sebuah karya Fatimah Busu dan terbitan baru oleh JIWA pada tahun 2022.   Sinopsis  Ombak Bukan Biru mengisahkan seorang gadis bernama Imrah. Imrah merupakan seorang gadis yang berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Imrah seorang gadis yang berdiri di garisan tradisi lama tetapi kehidupan moden di bandar. Imrah mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bernama Yamin tetapi wujud perselisihan faham antara mereka apabila seorang gadis bernama Rubiah mendekati Yamin. Perkara ini membuatkan Imrah menganggap Yamin berlaku curang ke atas dirinya. Kemudian, Imrah akur dan meneruskan kehidupan tanpa cinta sejatinya dan seterusnya Imrah berkenalan dengan seorang gadis Eropah iaitu Celine. Perkenalan Celine telah memadam kenangan indah bersama Yamin apabila Imrah diundang ke Pulau Pinang. Pada saat itu, kehidupan Imrah berubah apabila kehadiran jejaka mat saleh bernama Lawrence. Cinta mereka mula berputik tetapi Imrah terpaksa mengharungi pelb

Dato' Hassan Ali pakar motivasi Malaysia

Image
Mengenali Pakar Motivasi Negara. Latar Belakang  Dato' Dr. Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan pada 28 November 1947 di Klang, Selangor. Beliau telah mendapat Ijazah Pertama di Universiti Malaya kemudian menyambung pengajian di University of Pittsburgh, USA dan seterusnya di University of Wisconsin.  Kerjaya Dato' Dr. Hassan merupakan ahli politik dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor di bawah parti PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awa, Negeri Selangor. Selain itu, beliau pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau juga banyak memegang jawatan dalam kerajaan pada suatu ketika dahulu. Setelah meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan, beliau memulakan pusat motivasi. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn.Bhd. dan Akademi Keluarga Bahagia (AKRAB). Beliau j

Allahyarham Dato' Dr. Haron Din Tokoh Ulama Agama di Malaysia

Image
 SIAPAKAH ALLAHYARHAM DATO' DR.  HARON DIN? Haron Din merupakan seorang insan yang dikenali terutama dalam kalangan umat islam. Allahyarham merupakan seorang yang dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat di Malaysia. Allahyarham Haron Din juga merupakan seorang ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Allahyarham merupakan seorang pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia atau dikenali sebgai Darussyifa'. Sebagai umat islam, maka eloklah kita mengetahui serba sedikit latar belakang Dato'  Dr. Haron Din.  Dato' Dr. Haron Din dikenali sebagai Tuan Guru. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangsar, Perlis. Beliau dikurniakan dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Tuan Guru Haron Din telah dibesarkan dalam kalangan keluarga yang penuh dengan ajaran agama Islam. Beliau memiliki ibu bapa yang mana merupakan guru al-Qur

Kritikan Filem : Mat Kilau

Image
  Filem Mat Kilau menjadi filem yang terhangat di pawagam pada Hari Malaysia yang lepas iaitu pada 16 September baru-baru ini. Filem tersebut mengisahkan watak Mat Kilau bersama ayahnya, Tok Gajah dan sahabatnya yang bermati-matian menentang penjajahan British satu ketika dahulu. Filem ini dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari dan ramai lagi. Filem ini mendapat sambutan yang hangat di pawagam sehingga mencecah RM 97 juta. Selepas pawagam, Netflix menjadi medium baharu untuk penonton untuk menonton semula atau menonton buat pertama kali filem tersebut. Tetapi filem ini mendapat kritikan daripada penonton di Netflix dimana rata-rata memberi respon yang negatif terutama dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi. Filem Mat Kilau ini mendapat komen-komen dimana filem arahan Syamsul Yusof itu dilihat sebagai sebuah "popcorn movie" dan mereka berpendapat filem berkaitan sejarah sepatutnya lebih "serius". Penonton menyi

Kritikan Konflik Drama TV : Cermin Kasih

Image
 Kritikan Terhadap Konflik Rumah Tangga Sikap Mementingkan Diri Sendiri Sikap seorang suami yang mementingkan diri sendiri dapat dilihat melalui watak Amran yang sanggup menyuntik Marina dengan jarum yang mengandungi dadah kerana dia terlalu menyayangi Marina dan tidak sanggup melepaskan isterinya serta dia tidak mahu perbuatannya terbongkar terutama terhadap keluarga mertuanya. Bukan itu sahaja, Amran sanggup menjadikan isterinya seorang pengedar dadah demi kepentingan dirinya supaya memperoleh lebih banyak keuntungan. Konflik rumah tangga ini sepatutnya dapat dielakkan jika Amran masih menyayangi Marina maka dia perlu bersikap lebih toleransi dengan isterinya dan berubah menjadi seorang suami yang lebih baik meninggalkan segala aktiviti yang melibatkan dadah. Sikap ini perlu dielakkan kerana perkara ini mendorong sesebuah rumah tangga itu mengalami masalah dan seterusnya membawa kepada masalah penceraian dan kematian seperti yang berlaku kepada Amran. Sikap Tidak Jujur Terhadap Pasan

Sahabat Biar Sampai ke Syurga

Image
 Kawan dan Kenalan itu datang dan pergi. Tetapi seorang yang bergelar sahabat tidak akan pernah tinggalkan dan melupakan kita.  Sahabat boleh didefinisikan sebagai kawan, teman, taulan dan sebagainya. Tetapi sahabat mempunyai erti yang lebih khusus. Sahabat merupakan orang yang sentiasa berada dengan kita apa jua keadaan iaitu susah mahupun senang. Seseorang yang bergelar sahabat ini sukar untuk sesiapa sahaja memilikinya kerana sahabat adalah orang yang tidak akan sesekali menceritakan mengenai buruk rakannya kepada orang lain dan akan sentiasa menjaga perasaan serta memahami segala masalah yang dihadapinya.  Bagaimana Sahabat yang Baik? 1. Berani menegur kesilapan Sahabat adalah orang yang lama mengenali kita dan usia perkenalan yang agak panjang. Oleh itu, semua rahsia atau masalah sudah berada dalam tangan. Hubungan sudah dianggap seperti keluarga walau bukan darah daging. Dek kerana sayang dan prihatin, kita mempunyai hak untuk menegur segala kesilapan. Hal ini dikatakan demikian

Tentang Ummi, Syurgaku.

Image
 Ummi. Pasti kalian ada panggilan masing-masing kepada orang yang melahirkan kalian. Ummi adalah wanita yang sangat hebat dan kuat. Di balik kehebatan ummi, ummi merupakan seorang yang lemah lembut dan penyabar orangnya. Ummi sering sabar dengan kelakuan kita sebagai anak dimana melawannya, membantah segala perintahnya, seolah tidak menghargai apa yang telah ummi lakukan selama ini. Ummi telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa erti penat lelah. Membawa kandungan selama 9 bulan dan menyusui kita siang hingga malam dengan senyuman tulus terukir di bibirnya. Nyanyian-nyanyian ummi yang selalu bermain di telinga kita sehingga tertidur diulit mimpi. Tangisan kita yang harus membangunkan seorang yang bergelar ummi pada tengah malam yang sunyi. Sukar untuk jemari tangan aku menulis tentang sosok ibu yang begitu aku sayangi. Aku dilahirkan dari rahim ummi aku yang begitu hebat.  Aku amat mengagumi seorang wanita yang bergelar ibu kerana mereka ini kuat menghadapi keperitan dalam

Penderaan Kanak-Kanak Semakin Membimbangkan

Image
 ISU SEMASA Penderaan kanak-kanak merupakan satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka menurut Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Penderaan kanak-kanak terbahagi kepada empat jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian. Kesemua penderaan ini memberi impak buruk dan negatif yang tersendiri terhadap kanak-kanak. Perkara ini bakal merosakkan kehidupan serta masa depan mereka apatah lagi masa depan negara. Setiap kanak-kanak ini merupakan aset penting buat negara dan masyarakat dalam menentukan corak pembangunan negara pada masa hadapan. Kanak-kanak ini wajar diberi perlindungan dan pemeliharaan di samping kasih sayang dan perhatian yang menjadi tunjang utama dalam sesebuah institusi keluarga. Walau bagaimanapun, realitinya di Malaysia pada hari ini, berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak oleh pengasu

Baju Kurung Tradisional di Malaysia

Image
PENGENALAN   Baju kurung tradisional lebih labuh dan longgar dari baju kurung moden. Baju kurung ini dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Johor. Hal ini juga dilaporkan sangat popular selama Islamisasi Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an. JENIS BAJU KURUNG TRADISIONAL 1. Baju kurung Sarawak Pakaian jenis baju kurung dari Sarawak terserlah keindahannya apabila adanya hiasan kreatif yang mempamerkan kemahiran menghiaskan corak menggunakan tangan. Corak hiasan pada baju kurung Sarawak ini membentuk motif-motif etnik iaitu sama ada daripada tenunan, jalinan manik dan labuci. Perkara paling penting adalah kain baju kurung ini seringkali menggunakan kain songket. 2.Baju Kurung Negeri Sembilan Negeri Sembilan amat kaya dengan budaya kesenian dari segi pertukangan sehinggalah kepada pakaian yang cantik. Kebiasaannya kaum wanita gemar mengenakan baju kurung Negeri Sembilan. Jenis baju kurung ini sama seperti Baju Kurung Teluk Belanga dan Kebaya labuh yang dipadankan pula dengan kain sar

Makanan Tradisional yang Paling Digemari

Image
Apa itu Makanan Tradisional? Makanan tradisional merupakan satu makanan yang diwarisi sejak turun-temurun dari nenek moyang kita. Makanan tradisional mempunyai citarasa yang tersendiri malah digemari oleh pelbagai kaum dan setiap lapisan masyarakat. Makanan Melayu boleh dikatakan unik kerana memiliki aroma yang sangat kuat, padas dan menggabungkan dengan rasa banyak ramuan dan rempah. Makanan Tradisional yang Paling Digemari. 1. Nasi Lemak Nasi Lemak terkenal sebagai satu hidangan kebangsaan Malaysia dan kegemaran orang ramai sepanjang masa. Bukan sahaja di dalam malah di luar negara juga meminati hidangan ini. Hidangan ini adalah beras yang direndam dengan santan, disajikan dengan sambal, ikan bilis goreng renyah, kacang panggang dan timun. Nasi Lemak ini dibungkus dengan daun pisang untuk memberi rasa yang sangat harum. Nasi Lemak merupakan makanan yang wajib dicuba di Malaysia terutama bagi pelancong. Kebiasaannya Nasi Lemak dimakan semasa sarapan pagi tetapi ia juga boleh dibuat ma

Hayati Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon Ahmad

Image
 BUKU SASTERA Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Ranjau Sepanjang Jalan merupakan satu karya Shahnon Ahmad yang banyak menyentuh mengenai kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung Banggul Derdep, Sik Kedah. Karya ini berlatar belakang kampung halaman penulis sendiri yang membawa pembaca menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa dahulu agar generasi akan datang sedar dan insaf akan susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini, penulis berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dan mewujudkan permainan emosi yang berjaya menyentak akal fikiran masyarakat sekarang yang mana petani dahulu sanggup berjuang demi mendapatkan sesuap nasi untuk diri sendiri malah semua lapisan masyarakat setempat ketika itu. Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan isterinya Jeha serta tujuh orang anak gadis mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Mereka ini berjuang bersama-sama dalam menguruskan s

Cabaran dalam Perkembangan Sastera Melayu

Apa itu Kesusasteraan Melayu?  Kesusasteraan Melayu adalah satu bidang yang mempunyai keunikan dan kelebihannya tersendiri. Sastera Melayu juga melambangkan keindahan dan ketenangan. Setiap penulisan karya sastera boleh dikatakan sebagai ciptaan seni yang menggunakan bahasa bersifat kreatif dan bukan sahaja terhad kepada penulisan semata-mata, tetapi juga dalam bentuk lisan yang dilafazkan dalam pertuturan dan percakapan. Cabaran Perkembangan Sastera Melayu Perkembangan zaman yang semakin moden dan maju telah memberi kesan yang besar dalm bidang kesusasteraan Melayu. Kita boleh lihat permintaan dan penggunaan sastera semakin kurang dalam kalangan masyarakat. Perubahan zaman ini telah menjadi satu cabaran utama dalam perkembangan sastera. Terdapat juga beberapa cabaran lain ekoran hal tersebut. Antara cabarannya ialah peluang pekerjaan yang terhad bagi pelajar pengajian kesusasteraan. Hal ini dikatakan demikian kerana peluang pekerjaan bagi golongan tersebut kebiasaannya terhad kepada g